Akta Perlindungan Data Peribadi 2010 ( "Akta"), yang mengawal selia
pemprosesan data peribadi dalam transaksi komersial, boleh digunakan untuk BonusKad Loyalty Sdn Bhd
( "BonusLink", "kami", "kita"). Untuk tujuan notis bertulis ini ("Notis Privasi"), istilah "data peribadi" dan
"pemprosesan" hendaklah mempunyai erti yang sama seperti yang ditetapkan dalam Akta. Notis Privasi ini adalah untuk
membantu anda memahami dengan lebih baik cara di mana data peribadi anda diuruskan dan memberi anda pilihan yang
tersedia untuk anda mengakses atau mengehadkan penggunaan maklumat yang disediakan.
Kategori data peribadi yang kami kumpul
Data peribadi yang kami kumpul dan proses mungkin termasuk:
- Nama, Nombor Kad Pengenalan dan tarikh lahir
- Butiran hubungan termasuk alamat, nombor telefon dan alamat e-mel
- Pekerjaan dan status perkahwinan
- Nama Ibu
- Sebarang data peribadi lain yang diperlukan bagi maksud yang dinyatakan di bawah
Tujuan mengumpul data anda
Data peribadi yang sebelum ini dikumpulkan daripada anda sedang, dan akan terus digunakan untuk tujuan termasuk tanpa had:
- untuk memproses permohonan Keahlian anda
- untuk memproses dan menghantar Kad BonusLink
- untuk mengendalikan Akaun anda
- untuk memudahkan mengakses dan menggunakan laman web dan perkhidmatan mudah alih yang berkaitan dengan Akaun
- untuk membuat keputusan berhubung dengan Ahli, termasuk (tanpa had), menggantung peruntukan
perkhidmatan atau menamatkan Keahlian
- untuk pengesahan, mengemaskini, mengesahkan dan meningkatkan rekod anda
- untuk memantau jumlah dan maklumat perbelanjaan
- untuk melaksanakan penyelidikan pasaran dan / atau analisa statistik termasuk
tanpa batasan tingkah laku pengguna
- untuk mengenal pasti dan (jika boleh) mengelakkan penipuan
- untuk tujuan pemasaran (tertakluk pada sebarang bantahan yang diterima
dan/atau persetujuan yang diperoleh, yang mana terdapat di bawah)
- untuk berkomunikasi melalui Penyata Ringkasan Mata Ganjaran, e-penyata,
penghantaran khidmat pesanan ringkas (sms), pemasaran atau penghantaran emel
- untuk mengemaskini status anda sebagai Ahli
- untuk mempromosikan tawaran ke atas produk dan perkhidmatan BonusLink dan Rakan Niaga kami
- untuk menjawab pertanyaan yang dibuat melalui panggilan, emel, surat, faks, platform media sosial dan lain-lain cara komunikasi
- untuk memenuhi permintaan anda termasuk permintaan penebusan hadiah
- untuk mendtadbir pernyertaan anda di dalam peraduan
- untuk memudahkan pemilihan pemenang dalam pertandingan
- untuk mengesahkan identiti anda
Sumber data peribadi anda
Data peribadi anda sedang atau yang akan dikumpulkan daripada anda, pembekal perkhidmatan pihak ketiga, borang pendaftaran, borang penebusan, borang penilaian, kad perniagaan anda, platform media sosial dan lain-lain cara komunikasi seperti Facebook, Instagram dan lain-lain, acara, pameran bergerak, rakaman CCTV, e-mel , laman web / aplikasi mudah alih, apa-apa bentuk lain di mana kami mengumpul maklumat daripada para ahli, panggilan telefon.
Pendedahan data peribadi anda
Maklumat peribadi anda akan dirahsiakan tetapi data peribadi sedemikian boleh diberikan kepada pihak-pihak
berikut untuk maksud yang dinyatakan di atas:
- untuk Rakan Niaga kami (termasuk promosi atau Rakan niaga jangka pendek) dan/atau mana-mana syarikat lain yang dibenarkan untuk membekalkan produk dan/atau perkhidmatan kepada Ahli;
- mana-mana ejen, pembekal perkhidmatan dan/atau subkontraktor daripada BonusLink dan sekutunya;
- mana-mana individu yang dicadangkan oleh BonusLink untuk memindahkan sebarang hak dan/atau tugasan yang berkaitan dengan program;
- dan/atau mana-mana individu yang dikehendaki atau dibenarkan oleh undang-undang atau mana-mana pihak berkuasa.
Semua pihak yang disebut di atas adalah dikehendaki melindungi data peribadi sulit yang mereka terima.
Pemindahan data peribadi ke tempat di luar Malaysia
Kami boleh memindahkan data peribadi anda ke sesuatu tempat di luar Malaysia dan anda dengan ini memberikan persetujuan anda tehadap pemindahan tersebut.
Tiada peruntukan Data Peribadi
Ia adalah wajib bahawa anda membekalkan kami butiran yang bertanda asterisk (*) dalam borang kami. Kegagalan untuk mendedahkan data peribadi yang mencukupi mungkin mengakibatkan kami tidak dapat menyediakan anda dengan pelbagai perkhidmatan di bawah program ini.
Akses dan Pembetulan Data Peribadi
Akta memberikan anda hak untuk mengakses dan membetulkan data peribadi yang telah anda berikan.
Anda boleh pada bila-bila masa mengemaskini atau meminda maklumat yang telah diberikan kepada kami dengan mengakses 'Update Profile'
di laman web kami, atau menghubungi Pusat Perunding Perkhidmatan Ahli kami. Tertakluk kepada peruntukan Akta, anda boleh,
apabila dibayar bayaran yang ditetapkan, membuat permintaan akses data secara bertulis kepada kami; dan kami boleh
menolak untuk mematuhi permintaan akses data atau permintaan pembetulan data dan boleh, melalui notis secara bertulis,
memberitahu anda tentang keengganan kami dan sebab-sebab penolakan kami.
Penarikan Balik Persetujuan
Anda berhak untuk menarik balik persetujuan anda yang telah diberikan kepada kami sebelum ini (sepenuhnya atau sebahagiannya) tertakluk kepada apa-apa sekatan undang-undang, syarat kontraktual dan tempoh masa yang munasabah untuk penarikan balik persetujuan tersebut dilaksanakan dengan memberikan kami suatu notis bertulis. Jika anda menarik balik persetujuan anda kepada apa-apa atau semua penggunaan data peribadi anda, kami mungkin tidak boleh terus mentadbir sebarang hubungan kontraktual, yang mungkin mengakibatkan penamatan mana-mana perjanjian dengan kami.
Hubungi kami dan nyatakan pilihan anda
Anda boleh pada bila-bila masa menggunakan hak anda untuk mengakses dan membetulkan data peribadi anda, menarik balik persetujuan yang diberikan oleh anda sebelum ini, membuat permintaan secara bertulis untuk menghadkan pemprosesan dan penggunaan data peribadi anda, termasuk untuk mengelakkan penggunaan data peribadi anda untuk tujuan pemasaran langsung.
Sila e-mel permintaan anda kepada Perunding Perkhidmatan Ahli kami di MemberServices@bonuslink.com.my atau faks kepada kami di 03-7662 7996 atau hubungi kami di 03-7626 1000.
Data Peribadi Pihak Ketiga
Sekiranya data peribadi mana-mana pihak ketiga yang dibekalkan oleh anda kepada kami, anda hendaklah memastikan bahawa pihak ketiga tersebut telah membaca Notis Privasi ini dan bersetuju dengan kami mengumpul data peribadi beliau untuk sebarang tujuan sebelum memberikan data peribadinya kepada kami.
Selagi anda kekal sebagai Ahli dalam program ini maklumat anda akan kekal bersama BonusLink dan kami akan mengambil langkah-langkah praktikal bagi memastikan keselamatan data daripada akses yang tidak sah pada setiap masa. BonusLink akan berusaha untuk tidak mendedahkan sebarang maklumat peribadi kepada mana-mana organisasi kecuali jika perlu untuk mengendalikan program dan / atau seperti yang dinyatakan di dalam Notis Privasi ini.
BonusLink berhak untuk meminda Notis Privasi ini dari masa ke semasa. Sebarang perubahan ke atas Notis Privasi yang dikemaskini akan dipaparkan di laman web kami.
Terima Kasih.
BonusKad Loyalty Sdn Bhd.