Resource Centre

News Coverage

Pam minyak RM30 di Shell, berpeluang menang RM5,000

10-Oct-2017

Pertandingan Menang RM5,000 Hari-Hari bermula 8 Oktober 2017 sehingga 7 Januari 2018.

Shell Malaysia melancarkan pertandingan Menang RM5,000 Hari-Hari, bagi menghargai sokongan pelanggan-pelanggannya yang setia.

Ia dianjurkan bersama oleh Shell dan BonusLink yang berlangsung antara 8 Oktober 2017 sehingga
7 Januari 2018.

Menerusi promosi ini, seorang pelanggan akan dipilih setiap hari untuk memenangi hadiah wang
tunai RM5,000 apabila mereka meleret Kad BonusLink dan mengepam minyak di stesen Shell di seluruh negara.

Awal tahun ini, hasil kajian yang dijalankan Nielsen menunjukkan bahawa tahap keyakinanan pengguna Malaysia
adalah yang terendah di rantau Asia Tenggara.

Kajian itu turut menunjukkan bahawa rakyat Malaysia pada masa ini lebih menumpu kepada usaha untuk meningkatkan
tabungan masing-masing dan mengurangkan perbelanjaan terhadap perkara-perkara mewah seperti melancong,
kurang membeli pakaian baru, produk-produk teknologi baru, pembaikan rumah dan mengurangkan aktiviti hiburan
di luar rumah.

Ianya memberi ilham kepada Shell untuk menganjurkan pertandingan Menang RM5,000 Hari-Hari, yang memberi
peluang kepada pelanggan bagi menerima ganjaran dengan hanya mengepam minyak di Shell sepanjang tempoh promosi berkenaan.

Pengarah Urusan Shell Malaysia Trading Sdn Bhd dan Shell Timur Sdn Bhd, Shairan Huzani  Husain berkata,
pihaknya sentiasa mengutamakan pelanggan dalam setiap perkara yang lakukan, dan misi itu adalah mahu
mencipta pengalaman hidup yang lebih  baik.

“Pertandingan Menang Hari-Hari RM5,000 adalah satu cara untuk kami memberikan ganjaran kepada pelanggan
dan menceriakan hujung tahun mereka,” katanya.

Bagi menyertai pertandingan itu, pelanggan hanya perlu leret Kad BonusLink berdaftar mereka dan mengepam minimum RM30 petrol atau diesel di stesen minyak Shell di seluruh negara bagi melayakkan diri untuk satu  penyertaan.

BonusLink akan memilih seorang pemenang setiap hari untuk menerima hadiah wang tunai RM5,000.

Selain itu, setiap pemenang juga akan menerima 50,000 Mata Ganjaran Ekstra BonusLink jika mereka menggunakan kad mereka di RakanNiagaBonusLink lain dalam bulan yang sama.

Bagi menyertai pertandingan itu, pelanggan hanya perlu leret Kad BonusLink berdaftar mereka dan mengepam
minimum RM30 petrol atau diesel di stesen minyak Shell di seluruh negara bagi melayakkan diri untuk satu  penyertaan.

BonusLink akan memilih seorang pemenang setiap hari untuk menerima hadiah wang tunai RM5,000.

Selain itu, setiap pemenang juga akan menerima 50,000 Mata Ganjaran Ekstra BonusLink jika mereka
menggunakan  kad mereka di RakanNiagaBonusLink lain dalam bulan yang sama.
Disclaimer: First published and sourced from Drebar